My Add

Wednesday 19 December 2012

Malaysia naik lima anak tangga ranking FIFA

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Malaysia melonjak lima anak tangga dalam senarai ranking dunia FIFA walaupun tewas kepada Thailand dengan agregat 3-1 pada saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF.

Malaysia yang sebelum ini menduduki tangga ke-163 dunia kini menghuni tangga ke-158.

Bagaimanapun, Malaysia kekal ditangga keenam di peringkat negara-negara Asia Tenggara di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment