My Add

Thursday 13 December 2012

Malaysia sedia jadi tuan rumah GES tahun depan

KUALA LUMPUR, RABU, 12 Disember, 2012: Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Persidangan Keusahawanan Global (GES) Kali Keempat yang akan diadakan tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan menyambut baik pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah persidangan tersebut.

Jelas beliau, usaha mempromosi bidang keusahawanan sebagai penjana pertumbuhan ekonomi dan pendorong kegiatan inovasi merupakan agenda penting dalam pembangunan negara.

"Penganjuran GES membolehkan Malaysia memainkan peranan penting dalam mengetengahkan kegiatan keusahawanan di negara-negara Islam ke peringkat global.

"Malaysia amat menghargai peluang ini memandangkan kami sangat komited menyokong inisiatif Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk menggalakkan lebih banyak interaksi dan kerjasama antara AS dan negara-negara Islam," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment