My Add

Monday 24 December 2012

Mangsa sempat jerit minta tolong

KEMAMAN, AHAD, 23 Disember, 2012: Salah seorang penumpang bas ekspres yang terlibat dalam nahas meragut nyawa empat beranak dalam sebuah kereta di Kemasik awal pagi ini memberitahu, dia sempat mendengar jeritan meminta tolong.

Wan Mohd. Al-Hakim Wan Yusoff, 27, memberitahu, beberapa ketika sebelum kejadian dia baru hendak melelapkan mata setelah berhubung dengan rakannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya, tiba-tiba terasa bas dinaikinya itu terbabas ke kiri jalan dan terdengar dentuman kuat sebelum terdengar jeritan suara meminta tolong dari luar bas.

“Saya nampak sebuah kereta melanggar bas yang saya naiki dan pada masa yang sama terdengar jeritan meminta tolong dari dalam kereta itu. Saya tidak berani keluar setelah melihat api marak di depan bas.

“Pada waktu itu, saya hanya fikir bagaimana hendak selamatkan nyawa anak saya, Wan Mohd. Adam Al-Haqq yang jatuh dari tempat duduknya sebelum nampak kepulan asap di dalam bas," katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment