My Add

Wednesday 12 December 2012

Masalah talian terputus semakin teruk

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus atau dropped calls semakin teruk di negara ini apabila satu kajian mendapati dalam tempoh sebulan sahaja ratusan pengguna merungut mengenai masalah itu.

Perkara itu didedahkan oleh Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) yang membuat kajian rawak baru-baru ini berikutan masalah talian tiba-tiba terputus masih gagal diatasi oleh syarikat telekomunikasi tempatan.

Presidennya, Shafie BP Mammal berkata, walaupun masalah itu telah berlaku sejak beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini belum ada langkah berkesan dibuat untuk mengatasinya.

''Malah semakin teruk, dalam tempoh 10 hingga 15 minit kita bercakap melalui telefon, talian boleh terputus sehingga lima atau enam kali.<" KATANYA. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment