My Add

Saturday 22 December 2012

Mat Yah saksi paling jelas

 *SURAU penyokong Pas yang sudah ditinggalkan di Kampung Darau, Besut.

BESUT, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Imam Masjid Darau di sini, Mat Yah Abdullah Wahab, 68, yang berwajah tenang dan nada tutur katanya bersahaja merupakan saksi paling jelas terhadap kesan Amanat Haji Hadi sejak lebih tiga dekad lalu.

Beliau memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu dalam situasi yang cukup sukar apabila sebahagian daripada penduduk di kawasannya antara yang paling taksub bermain politik tanpa dapat membezakan antara parti dan agama.

''Apabila amanat itu mula menjadi pegangan, mereka mula menjauhkan masjid dan mendirikan solat Jumaat di bangunan yang dibina sendiri sedangkan kedudukan bangunan itu begitu hampir dengan masjid sedia ada.

''Masjid menjadi lengang sehingga nak tunaikan solat Jumaat kena bilang orang. Saya bukan sahaja tidak diterima sebagai imam, malah orang macam saya yang dilantik oleh kerajaan juga tidak boleh memandi dan menyembahyangkan jenazah," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment