My Add

Tuesday 4 December 2012

Maut tercampak sebelum dihanyutkan air

JEMPOL, SELASA, 04 Disember, 2012: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut dalam keadaan mengerikan selepas tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik dalam sebatang parit di Kilometer 16, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Nurul Syuhadah Awang turut dihanyutkan air sejauh 10 meter dari lokasi kemalangan.

Apa yang menyedihkan, mayat kanak-kanak itu ditemui hanyut bersama anak patung beruang yang diterima daripada kakaknya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran pada 27 November lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment