My Add

Tuesday 11 December 2012

Mayat jurutera ditemui dengan kesan hentakan di kepala

SHAH ALAM, ISNIN, 10 Disember, 2012: Mayat seorang jurutera komputer ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan hentakan di kepala di rumahnya, di Putra Perdana, Sepang, dekat sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata, mangsa Low Min Lee, 36, yang bekerja di sebuah syarikat elektronik di Cyberjaya, ditemui mati oleh abangnya pada 6 petang.

Katanya, selain kesan hentakan, badan mangsa turut mempunyai beberapa kesan kecederaan dan lebam dipercayai akibat pergelutan dan dipercayai telah mati 24 jam, sebelum ditemui.

"Siasatan mendapati beberapa barangan berharga milik mangsa turut hilang termasuk kereta jenis Toyota Vios berwarna perak bernombor pendaftaran BKG 2570 selain sebuah televisyen LCD, telefon bimbit dan dompet,” katanya pada sidang media di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment