My Add

Wednesday 19 December 2012

MB politikkan tuntutan ibu tunggal - Mortini

SHAH ALAM, SELASA, 18 Disember,2012: Tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta 5,031 ibu tunggal membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) sebagai syarat untuk mendapat tunggakan elaun RM100 disifatkan sebagai helah politik pembangkang.

Menurut Pengerusi Ibu Tunggal Selangor, Mortini Kasman, permintaan Abdul Khalid itu merupakan satu perkara yang tidak munasabah kerana undi adalah rahsia dan tidak boleh didedahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada umum.

"Ini satu lagi putar belit pembangkang. Dulu janji kalau menang semua dapat bantuan tidak kira parti tetapi sekarang lain pula jadinya. Kenapa perlu persoalkan undi, bukankah undi itu rahsia?

"Sepatutnya bantuan diberi kepada semua yang layak seperti dijanjikan tanpa mengambil kira parti yang diundi," katanya selepas mengadakan pertemuan singkat dengan Timbalan Pengarah SPR Selangor, Fadly Mat Som di Kompleks PKNS di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment