My Add

Sunday 23 December 2012

MBSA buka bilik gerakan bencana 24 jam setiap hari

SHAH ALAM, SABTU, 22 Disember, 2012: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah membuat persiapan menghadapi banjir di sekitar bandar raya ini dengan membuka bilik gerakan bencana yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, langkah itu bagi membolehkan tindakan pantas diambil dalam mengatasi masalah tersebut ekoran hujan lebat yang melanda Lembah Klang termasuk beberapa kawasan sekitar sini.

"Anggota bilik gerakan MBSA telah bergerak ke lokasi yang terlibat seperti Kampung Kebun Bunga, Jalan Sungai Rasau, Taman Mesra dan Jalan Batu 3 Lama untuk memberikan bantuan.

"Orang ramai juga diminta menghubungi bilik gerakan bencana MBSA di talian 03-55105811 sekiranya berlaku bencana seperti banjir, pokok tumbang dan tanah runtuh di sekitar kawasan ini," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment