My Add

Friday 7 December 2012

MCA sokong pengusaha salon teraniaya saman Pas Kelantan

KOTA BHARU, KHAMIS, 06 Disember, 2012: MCA mengalu-alukan pengusaha salon yang teraniaya akibat peraturan mengasingkan jantina di premis menggunting rambut di seluruh negeri ini mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman kerajaan Pas Kelantan menerusi sebuah jawatankuasa khas yang sudah ditubuhkan parti itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan setiausaha kepada Presiden MCA, Ngiam Say Khoon itu juga akan menyediakan pinjaman kewangan untuk memindahkan perniagaan mereka ke negeri lain.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi MCA Kelantan berkata, setakat ini belum ada pengusaha yang berhubung dengan mereka untuk mendapatkan bantuan termasuk bantuan guaman yang disediakan MCA negeri meskipun sudah diuar-uarkan menerusi media.

“Sekarang ini belum ada lagi yang datang, saya khuatir mereka takut, nasihat saya jangan takut untuk bertemu dengan kita. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment