My Add

Monday 17 December 2012

Media baru jadi pemangkin raih sokongan golongan muda

KOTA BHARU, ISNIN, 17 Disember, 2012:: Populariti media baru seperti Facebookdan Twitter serta ribuan blog berunsur politik yang prokerajaan mampu menjadi pemangkin usaha Barisan Nasional (BN) meraih sokongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata memandangkan golongan muda dilihat lebih mempercayai media baru berbanding konvensional, medium berkenaan diharap dapat membantu kerajaan menangkis tohmahan yang dilempar pembangkang.

"Saya berharap blogger yang selama ini menyokong kita di alam maya akan terus membuat penerangan mengenai sesuatu isu, sekali gus dapat membantu kerajaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara buruk yang cuba ditohmah oleh pembangkang.

"Ini penting kerana golongan muda lebih banyak mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media baharu," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama lebih 200 blogger di sini, malam tadi.

Pada majlis itu Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merasmikan 'Kelab Tok Pa' di laman sosial Twitter sebagai wadah baru untuk mendekati dan mendengar masalah rakyat dengan lebih menyeluruh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment