My Add

Sunday 23 December 2012

Mekanik mati ditikam sekumpulan lelaki

GOMBAK, AHAD, 23 Disember, 2012: Seorang mekanik menemui ajal selepas ditikam bertubi-tubi sekumpulan lelaki dipercayai akibat berlaku salah faham di hadapan rumah kedai Jalan 43 Selayang Baru awal pagi ini.

Mangsa, R. Kumaran dipercayai ditikam pada rusuk kiri lalu mengenai jantungnya dalam kejadian kira kira pukul 3 pagi.

Dua daripada empat saspek dipercayai menggunakan senjata pisau dan kayu dalam kejadian itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment