My Add

Wednesday 19 December 2012

Mekanik tidak mengaku dera anak tiri

KLANG, SELASA, 18 Disember, 2012: Seorang mekanik yang ditahan susulan rakaman video kanak-kanak lelaki didera yang disebar dalam laman sosial Facebook dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendera anak tirinya, tiga bulan lalu.

T. Rajasegaran , 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Suhaima Mohd. Noor.

Sebelum itu, lelaki terbabit mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Namun tertuduh menukar pengakuannya sebaik sahaja mahkamah bersidang semula selepas prosiding berhenti rehat bagi membolehkan pihak pendakwaan menyediakan fakta kes.

Pada masa yang sama, isteri kedua tertuduh dan mangsa yang didukung wanita itu dilihat duduk di bahagian hadapan dalam mahkamah.

Tertuduh yang merupakan bapa tiri mangsa didakwa mendera mangsa yang berusia tiga tahun sehingga mendatangkan kecederaan fizikal menggunakan senduk nasi dan acuan muruku. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment