My Add

Monday 10 December 2012

Mekanik Zubaidah sahut cabaran lelaki

BUKIT MERTAJAM, AHAD, 09 DisEMBER, 2012: Kerjaya sebagai mekanik didominasi oleh kaum adam kerana membabitkan kerja-kerja lasak dan kotor.

Namun, jangan terkejut jika anda mengunjungi KW Car Workshop Centre, Seberang Jaya di sini, kerana salah seorang mekaniknya ialah wanita.

Zubaidah Osman, 22, berkata, meskipun kerjaya pilihannya sedikit janggal bagi kaum hawa, dia nekad mahu membuktikan dirinya juga mempunyai kebolehan dan kemampuan setanding lelaki.

Menurutnya, peluang menjadi mekanik kenderaan bukan pengalaman biasa kerana tidak semua wanita mampu berbuat demikian.

"Biarpun melakukan pekerjaan lelaki, tetapi saya tidak pernah lupa untuk membuat kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh dan memasak," katanya ketika ditemui di bengkelnya di sini baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment