My Add

Sunday 16 December 2012

Melayu disaran sokong Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Disember, 2012: Orang Melayu disaran memberi sokongan kepada akhbar Utusan Malaysia yang jelas memperjuangkan keistimewaan Islam serta kepentingan kaum itu tanpa mengetepikan hak kaum lain.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, akhbar itu juga tidak memutarbelitkan kenyataan pemimpin politik tertentu bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

"Kalau betul kita Melayu, Utusan Malaysia itu wadah orang Melayu dan setiap orang Melayu mesti baca akhbar itu, dengan hanya RM1.50 kita boleh dapat ilmu.

"Berbeza dengan portal-portal berita seperti The Malaysian Insider yang sering putar belit kenyataan saya kononnya saya menghina kaum-kaum lain," katanya semasa menggulung perbahasan dalam Persidangan Agung Perkasa Ketiga di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment