My Add

Monday 24 December 2012


Menteri kanan maut

*MANGSA yang cedera dalam letupan berani mati, dirawat di sebuah hospital di Peshawar, Pakistan, kelmarin. - Agensi


PESHAWAR, AHAD, 23 Disember, 2012: Sekurang-kurangnya sembilan termasuk seorang menteri kanan wilayah maut, selepas seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan dirinya di barat laut Pakistan, semalam.

Serangan itu berlaku ketika kira-kira 100 orang termasuk kepemimpinan wilayah bagi Parti Kebangsaan Awami (ANP) menghadiri satu mesyuarat di Peshawar, ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Bashir Bilour yang terkorban, merupakan pemimpin kanan wilayah itu selepas Ketua Menteri Peshawar dan beliau juga adalah penentang utama militan Taliban Pakistan.

Bilour, 69, cedera parah dalam serangan itu dan meninggal dunia di hospital, kata menteri Kabinet wilayah, Arbab Ayub Jan.

Sebanyak 17 lagi cedera dalam serangan itu, katanya.

Minggu lalu, sebutir bom kereta meletup dan militan yang bersenjatakan roket bertindak menyerang lapangan terbang Peshawar, menyebabkan lima terkorban.

Sehari selepas itu, polis dan tentera bertempur selama enam jam dengan militan Taliban yang lari selepas melancarkan serangan di lapangan terbang di Peshawar dan menyembunyikan diri dalam sebuah bangunan. - AFP

No comments:

Post a Comment