My Add

Friday 7 December 2012

Mercy Malaysia sasar kutip RM1 juta

SHAH ALAM, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) menyasarkan sumbangan dana sebanyak RM1 juta bagi membina kemudahan kesihatan untuk masyarakat Rakhine dan Rohingya di Myanmar melalui program Larian Kemanusiaan Rakhine dan Rohingya 2012 pada Ahad ini.

Program yang bermula pada pukul 6.30 pagi itu akan disertai kira-kira 1,500 peserta dari seluruh negara dengan jarak larian sejauh enam kilometer di sekitar kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Menurut Timbalan Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Ahmad Faezal Mohamed, hasil kutipan dana itu akan digunakan bagi menyediakan kemudahan rawatan kesihatan termasuk menghantar pakar perubatan dan bekalan ubat-ubatan di wilayah bergolak tersebut.

"Kita sedang mengumpul dana bagi membina kemudahan kesihatan berupa hospital dengan kos sebanyak RM164,000 di kawasan pedalaman iaitu di Dar Paing berhampiran Sittwe.," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment