My Add

Thursday 6 December 2012

MILF hantar pakar ekonomi, anak muda pelajari kejayaan Malaysia

JOHOR BAHRU, RABU, 05 Disember, 2012: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan menghantar kumpulan pakar ekonomi mereka untuk mempelajari cara Malaysia membangunkan ekonomi negara ini sehingga berada pada tahap sekarang.

Pengerusi MILF, Murad Ebrahim (gambar) berkata, kejayaan itu bukan sahaja dikagumi wilayah Mindanao tetapi juga banyak negara lain.

Menurutnya, oleh kerana populasi penduduk Bangsamoro yang majoritinya beragama Islam, maka, Malaysia adalah negara yang paling sesuai untuk dijadikan model untuk membangunkan wilayah autonomi itu menjelang 2016.

"Usaha tersebut merangkumi pelbagai bidang dan yang diberi tumpuan sekarang ialah dalam pendidikan kerana kami telah banyak ketinggalan berikutan perang selama puluhan tahun.

"Kami secara prinsipnya sudah mencapai persetujuan dengan GiatMara untuk menghantar anak muda Bangsamoro mempelajari pelbagai kemahiran yang disediakan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment