My Add

Sunday 9 December 2012

Misi bantuan kemanusiaan bawa 4.5 tan makanan, ubat

Daripada AZMAN MD NOOR
 *KESEMUA56 anggota Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza selamat tiba di
Kaherah pada pukul 6.15 pagi waktu tempatan atau kira-kira pukul 12.15
 tengah hari waktu Malaysia, semalam.
KAHERAH, SABTU, 08 Disember, 2012: Kesemua 56 anggota Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza selamat tiba di bandar ini sebelum memasuki Gaza hari ini untuk menyerahkan sebanyak 430 kotak makanan dan bekalan ubat-ubatan bagi penduduk Palestin.

Ketibaan kumpulan misi bantuan yang diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) itu disambut oleh Duta Malaysia di Mesir, Datuk Dr. Mohd. Fakrudin Abdul Mukti dan para pegawainya.

Kesemua mereka akan berada di Gaza sehingga 17 Disember ini dengan enam anggota sukarelawan sudah pun berada di kawasan itu sejak minggu lalu.

Abdul Azeez berkata, beliau bersyukur kerana kumpulan sukarelawan tersebut selamat tiba di sini untuk meneruskan misi membawa barangan makanan dan ubat-ubatan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment