My Add

Monday 24 December 2012

Misi bantuan kemanusiaan KP1M selamat tiba di Davao

 *PASUKAN Kelab Putera 1Malaysia yang turut disertai kumpulan media berlepas
ke Mindanao untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Taufan Bopha di
Mindanao, di Pangkalan TUDM Subang semalam.

DAVAO, Mindanao 23 Dis. - Misi Bantuan Kemanusiaan ke Mindanao, Filipina kelolaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Davao, di sini hari ini.

Rombongan misi bantuan itu tiba kira-kira pukul 4 petang dengan menaiki pesawat Charlie 130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi bantuan itu akan memberi tumpuan kepada dua bandar yang rosak teruk dilanda taufan Bopha iaitu Banganga dan Cateel.

“Perjalanan ke kedua-dua bandar itu akan mengambil masa selama lapan jam dan pasukan sukarelawan KP1M akan bergerak seawal pukul 4 pagi esok," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Tentera Udara Davao di sini... - UTUSAN

No comments:

Post a Comment