My Add

Wednesday 12 December 2012

Misi ke India kukuh perdagangan

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Mumbai dan Hyderabad, India mulai esok bagi memperkukuhkan hubungan dua negara dalam perdagangan dan pelaburan antara dua negara.

Mustapa berkata, misi perdagangan kali ini akan mengemas kini perkembangan ekonomi terkini Malaysia kepada komuniti bisnes India dan menggalakkan pelaburan langsung asing negara itu dalam sektor maklumat dan komunikasi, farmaseutikal, bioteknologi dan pembinaan.

Menurut beliau, Malaysia juga mahu mempromosi dan memudahkan eksport kimia dan produk kimia, elektronik dan komponen elektronik serta petroleum mentah ke India.

"Seperti misi perdagangan lain, lawatan kita ke India bertujuan mahu meneroka peluang-peluang perdagangan dan pelaburan dua hala serta meningkatkan kerjasama perniagaan sektor swasta," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment