My Add

Friday 21 December 2012

MRT: Lorong jalan susur berdekatan KGPA ditutup dua bulan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Lorong paling kiri jalan susur berdekatan hentian bas Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) akan ditutup setiap hari mulai 24 Disember ini bagi kerja memindahkan lokasi kemudahan awam.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataannya
hari ini, berkata penutupan itu sejauh 400 meter (menghala ke KL) dibuat sehingga 24 Februari 2013.

Mengikut standard prosedur MRT Corp, penghadang keselamatan, kon trafik dan
petugas trafik akan ditempatkan bagi memberitahu dan mengawal pengguna jalan
raya yang melalui kawasan di mana kerja dijalankan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut layari website MRT Corp
www.mymrt.com.my atau twitter@MRTMalaysia atau menghubungi MRT Hotline 1-800-82-6868. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment