My Add

Monday 10 December 2012

Mualaf tidak wajib tukar kad pengenalan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 Disember, 2012: Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan mualaf untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baharu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Beliau bagaimanapun berkata, individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya.

"Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Syed Ibrahim ingin tahu tindakan kerajaan untuk menggalakkan penukaran kad pengenalan golongan mualaf supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Mashitah berkata, terdapat segelintir mualaf yang mahu berbuat demikian tetapi terhalang oleh beberapa sebab tertentu seperti soal keselamatan atau tidak mahu diketahui keluarga

Beliau bagaimanapun meminta golongan itu memaklumkan status agama mereka kepada saudara terdekat agar tidak berlaku pertikaian seperti perkahwinan atau perebutan jenazah apabila mereka meninggal dunia.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment