My Add

Thursday 20 December 2012

Mubarak dihantar ke hospital selepas terjatuh di penjara

 KEHERAH, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dikejarkan ke hospital tentera selepas lebih seminggu mengalami kecederan akibat terjatuh di dalam bilik mandi penjara. 

Mubarak dibawa dengan ambulans dari Penjara Torah ke Hospital Tentera Maadi di Kaherah semalam, dengan kawalan ketat anggota polis.

Mubarak dijadual menjalani imbasan otak dalam masa terdekat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal banduan, Mohammed Ibrahim, berkata Mubarak akan dihantar balik ke penjara Torah sebaik rawatannya selesai.

Mubarak, 84, dilaporkan tergelincir ketika mandi Sabtu lalu dan dia dirawat di wad penjara berkenaan kerana cedera di kepala dan luka di badan.

Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup Jun lalu bersama bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Adly, atas dakwaan melakukan pembunuhan terhadap penunjuk perasaan ketika pemberontakan menjatuhkannya memuncak tahun lalu.

Sepanjang tempoh pemberontakan berkenaan, kira-kira 850 orang dilaporkan maut.
Mubarak memerintah Mesir selama tiga dekad sebelum dipaksa untuk meletakkan jawatan pada 11 Februari 2011, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran diadakan di negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment