My Add

Monday 24 December 2012

Muhyiddin sifatkan Dr. Lim Keng Yaik negarawan terbilang

PETALING JAYA, AHAD, 23 Disember, 2012: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Tun Dr Lim Keng Yaik seorang negarawan terbilang serta pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, mendiang, yang berkhidmat lebih 40 tahun dalam kerajaan dan Parti Gerakan, telah memberi perkhidmatan cemerlang dengan membawa perubahan besar untuk negara.

"Saya mengucapkan takziah kepada Toh Puan (Wong Yoon Chuan) dan keluarga.

Mendiang seorang sahabat baik saya. Saya anggap pemergian beliau satu kerugian yang besar kepada rakyat dan negara," kata beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lim di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment