My Add

Friday 21 December 2012

Muhyiddin umum peruntukan 19 sekolah pondok, tahfiz Kedah

YAN, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelulusan peruntukan projek pembangunan berjumlah RM740,000 yang disalurkan ke 19 sekolah pondok dan tahfiz di Kedah.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM50,000 kepada setiap 12 sekolah pondok serta RM20,000 bagi setiap tujuh sekolah tahfiz di Kedah.

Kelulusan itu diumumkan ketika beliau menghadiri perbincangan tertutup bersama kepimpinan guru sekolah agama rakyat dan pondok seluruh Kedah yang dihadiri lebih 2,000 orang di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah al-Halimiah di Padang Lumat, dekat sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment