My Add

Friday 21 December 2012

'Murdered' filem pendek terbaik BMW Shorties 2012

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 201: Filem "Murdered" arahan Chua Dick Woei dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Filem Pendek BMW Shorties 2012 sekali gus melayakkan beliau menerima geran bernilai RM75,000 untuk menerbitkan filem.

Filem pendek selama 15 minit itu dipilih daripada 91 penyertaan dan diadili barisan panel hakim termasuk penerbit, Lina Tan; pengarah filem, Dain Said; pelakon wanita, Diana Danielle serta bekas pemenang terdahulu, Shanjey Kumar dan Chen Yih Wen.

Filem "Murdered" turut menjadi filem pendek pertama dalam sejarah BMW Shorties memenangi enam kategori lain termasuk Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Reka Bentuk Penerbitan Terbaik, Suntingan Terbaik, Kejuruteraan Bunyi Terbaik dan Aktor Terbaik.

"Kami sudah lama menantikan peluang ini sejak pertama kali mendengar mengenai BMW Shorties dan kami gembira kerana usaha keras selama ini membuahkan hasil. Ia tentunya sangat bermakna buat kami," kata Chua di sini, malam tadi. - BH

No comments:

Post a Comment