My Add

Saturday 8 December 2012

Mursi teruskan pungutan suara

 *PENUNJUK perasaan antikerajaan mengalihkan pagar berduri yang menyekat
aluan ke Istana Presiden dalam satu bantahan di Kaherah, Mesir, kelmarin.
 - REUTERS

KAHERAH, JUMAAT, 07 Disember, 2012; Presiden Mesir, Mohammed Mursi semalam menolak permintaan untuk membatalkan dekri yang memberikannya kuasa lebih luas atau menangguhkan penggubalan Perlembagaan, meningkatkan lagi kemarahan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi sejak beberapa hari lalu.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Mursi berikrar akan meneruskan pungutan suara pada 15 Disember ini berhubung Perlembagaan baru.

“Selepas itu, tidak akan ada lagi halangan dan semua orang akan mengikut Perlembagaan,’’ katanya.

Mursi menawarkan untuk mengadakan rundingan dengan pembangkang esok di pejabatnya, namun tiada petunjuk beliau akan menukar pendirian berdasarkan ucapannya itu.

Ketika Mursi menyimpulkan ucapannya, penunjuk perasaan menyerbu ibu pejabat Ikhwan Muslimin di Kaherah.

Jurucakap pergerakan itu, Mahmud Ghozlan berkata, kira-kira 200 orang menyerbu dan menggeledah sebelum membakar bangunan yang menempatkan ibu pejabat mereka.

Koresponden AFP yang berada di tempat kejadian melaporkan, beratus-ratus penunjuk perasaan bersenjatakan kayu, bertempur dengan polis yang kemudiannya bertindak melepaskan gas pemedih mata.

Tentera Mesir semalam mengarahkan dataran di depan Istana Presiden ‘dikosongkan’ dan membina pagar berduri serta mengerahkan kereta kebal berkawal di sana.

Dalam pada itu, jurucakap parti pembangkang, Barisan Penyelamat Nasional, Hussein Abdel Ghani menolak tawaran Mursi.

“Kami akan terus meningkatkan bantahan secara aman,’’ katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment