My Add

Friday 21 December 2012

Musa Hassan diberi tempoh seminggu

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bakal berdepan tuntutan saman berjumlah RM100 juta sekiranya beliau tidak mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang.

Menurut Phang, pihak peguamnya telah menghantar surat tuntutan kepada Musa untuk membuat permohonan maaf semalam tetapi akan meneruskan saman jika tiada maklum balas daripada pihak Musa dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, tuntutan saman itu dilakukan kerana Musa mengaitkan namanya dengan pertukaran seorang pegawai kanan polis dan dakwaan itu telah merosakkan reputasinya di mata masyarakat.

"Saya adalah warga emas berusia 73 tahun yang selama telah membina nama dan karier dengan sikap yang baik selain banyak menyumbang kepada kerja-kerja amal. Tuduhan yang dilemparkan mengaitkan nama saya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sangat melampau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment