My Add

Tuesday 18 December 2012

Nahas Sukhoi akibat kesilapan manusia - Penyiasat

JAKARTA, SELASA, 18 Disember, 2012: Badan penyiasat Indonesia hari ini menyalahkan kesilapan manusia sebagai punca terhempasnya jet Sukhoi di kawasan gunung berapi di Jawa dan mengorbankan 45 orang di dalamnya ketika penerbangan pertunjukan Mei lalu.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) mendapati sistem amaran dan kesedaran muka bumi berfungsi dan berlaku "peralihan perhatian" di dalam kokpit sebelum Sukhoi Superjet 100 itu terhempas.

"Nahas itu boleh dielakkan jika langkah pemulihan dibuat dalam masa 24 saat mulai amaran pertama dikeluarkan," kata ketua KNKT, Tatang Kurniadi kepada pemberita. - AFP

No comments:

Post a Comment