My Add

Sunday 16 December 2012

Najib ikrar kerja keras untuk rakyat

SANDAKAN, AHAD, 16 Disember, 2012:: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan terus bekerja keras untuk rakyat, terutama generasi muda yang juga masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi kerajaan menghulurkan teraju
kepimpinan negara bila negara telah maju dan makmur. "Terima kasih kerana percaya kepada saya dan saya harap anda akan terus menyokong Barisan Nasional.

"Kerajaan amat serius dalam menarik penglibatan belia kerana anda akan
menjadi pemimpin negara kita satu hari nanti," kata Najib kepada peminat
setianya yang berhubung dengan beliau menerusi Facebook yang dipanggil Ah Jib
Gor, yang dalam bahasa Mandarin bererti abang Najib di sini, hari ini.

Najib berharap belia tidak melakukan kesilapan bila memilih seorang perdana
menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

"Tolong sokong BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang
atau anda akan mendapat Ah Jib Gor atau abang yang salah," katanya sambil
disambut dengan sorakan 'Ah Jib Gor' daripada peminatnya.

Najib yang turut menyampaikan sijil keahlian kelab, berharap 300 ahli kelab itu di Sandakan, yang dilancarkan pada September akan bertambah kukuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment