My Add

Sunday 9 December 2012

Najib jamin banyak lagi berita gembira untuk rakyat Pulau Pinang

PULAU PINANG, SABTU, 08 Disember, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan lebih banyak berita gembira akan diumumkan untuk rakyat di negeri ini jika mereka memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir semula.

Perdana Menteri berkata, beliau belum habis meninjau seluruh negeri ini dan terdapat beberapa lagi kawasan yang akan dilawatinya nanti.

"Beri kepercayaan kepada kita (BN), kita akan buat jauh lebih baik. Ada satu, dua kawasan. Saya nak datang lagi. Banyak lagi saya nak buat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Yang hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan beberapa menteri Kabinet.

Najib memberitahu, kerajaan BN tidak akan membenarkan orang Melayu di negeri ini terpinggir dan pada masa sama terus membela nasib kaum Cina dan India.

"Kita akan buat yang terbaik, kita ada rekod. Kita akan pastikan BN ialah kerajaan yang adil dan saksama. Inilah janji kita," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment