My Add

Sunday 23 December 2012

Najib sedih dengan kematian Lim Keng Yaik

KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Disember, 2012; Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat sedih apabila mendengar berita kematian bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik yang meninggal dunia, semalam.

Perdana Menteri berkata Lim merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang baik dan pemergiannya merupakan kerugian besar kepada negara.

"Dalam kerjaya cemerlang yang menjangkau lima dekad, Tun Dr Lim terbukti menjadi seorang tokoh inspirasi ahli politik yang didorong komitmen tinggi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata sebagai menteri Kabinet selama 22 tahun, mendiang Dr Lim berkhidmat dengan cemerlang dan memainkan peranan yang besar dalam transformasi negara dan membantu membina sebuah masyarakat yang stabil dan makmur. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment