My Add

Sunday 16 December 2012

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa tembak di AS

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) semalam menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah di Connecticut, Amerika Syarikat pada Jumaat lepas.

"Ia kemalangan yang cukup tragis dan Malaysia berada di samping anda," kata beliau dalam mesej Twitternya.

Pada pukul 9.30 pagi hari berkenaan, Adam Lanza, 20, melepaskan tembakan di dalam dua buah kelas di Sekolah Rendah Sandy Hook yang membunuh 26 orang termasuk 20 kanak-kanak.

Akhbar Los Angeles Times menyebut satu sumber polis bahawa lelaki itu telah menembak mati ibunya di rumah mereka sebelum memandu kereta Honda wanita itu ke sekolah berkenaan.

Lanza kemudian mati setelah menembak dirinya sendiri selepas kejadian amuk itu. - KOSMO

No comments:

Post a Comment