My Add

Saturday 22 December 2012

Nak bertanding lagi bukti Nik Aziz mahu jadi MB

KOTA BHARU, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Hasrat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang membuktikan bagaimana beliau sangat 'sayangkan' jawatan Menteri Besar Kelantan meskipun tubuh badannya telah dimamah usia.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, layanan istimewa yang diterima sebagai Menteri Besar menyebabkan Nik Abdul Aziz semakin ghairah tambahan pula tiada mana-mana pemimpin Pas yang berani mendesak beliau meletak jawatan.

Menurut beliau, alasan Mursyidul Am Pas itu untuk terus bertanding juga sangat kelakar dan seolah-olah tiada pemimpin lain yang mampu menggantikan tempat beliau untuk berjuang dalam Pas.

"Saya bukan tidak menghormati beliau tetapi saya perlu bercakap perkara ini kerana tiada pemimpin Pas yang berani menegurnya malah dia sendiri sudah terlalu tua untuk terus memerintah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment