My Add

Wednesday 5 December 2012

Nanas rasa seperti kelapa dicipta

MELBOURNE:, RABU, 05 Disember, 2012 Jabatan Pertanian Queensland telah mencipta jenis nanas baru yang rasanya seperti kelapa, kata pakar hortikultur kanan, Garth Senewski.

Senewski berkata, penciptaan nanas 'AusFestival' itu mengambil masa 10 tahun dan kini ia berada pada peringkat akhir pengeluaran.

"Ujian rasa membuktikan bahawa AusFestival memang sedap, ia mempunyai perisa kelapa yang sedap, yang tidak ada pada mana-mana jenis nanas di Australia. Ia manis, kurang asid, amat bersari," katanya kepada ABC.

Beliau berkata, penyelidik mencipta perisa kelapa ini secara tidak sengaja.

"Kami sebenarya sedang mengusahakan nanas yang enak rasanya dan jenis yang manis, kurang asid dan wangi," katanya.

Beliau berkata, nanas baru itu mungkin boleh dikomersialkan dalam masa dua tahun lagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment