My Add

Wednesday 5 December 2012

NATO benar Turki guna peluru berpandu Patriot

BRUSSELS, RABU, 05 Didember, 2012: NATO semalam meluluskan permohonan negara anggotanya, Turki untuk menggunakan peluru berpandu Patriot bagi memantapkan sistem pertahanannya di sempadan Syria susulan beberapa amaran Damsyik untuk menggunakan senjata kimia.

Ini berikutan negara jirannya Syria sudah berada dalam keadaan konflik yang berlarutan selama 21 bulan dengan lebih 41,000 orang dilaporkan terkorban.

Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen, berkata keputusan kuasa bersekutu itu bersesuaian dengan dasar untuk melindungi 28 negara anggotanya daripada ancaman sekali gus meningkatkan keselamatan negara masing-masing.

“Kami memaklumkan kepada sesiapa yang mahu menyerang Turki, jangan terfikir mengenainya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat NATO selama dua hari di Brussels.

NATO dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya bersetuju dengan permintaan Turki meningkatkan sistem pertahanannya bagi melindungi rakyat dan wilayahnya, sekali gus bersiap sedia dengan krisis yang melanda negara jirannya di sempadan. - AFP

No comments:

Post a Comment