My Add

Tuesday 18 December 2012

'Negeri sejahtera, rakyat terbela'

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

*ZAMBRYAbdul Kadir menunjukkan Ucapan Bajet 2013 Negeri Perak sebelum membentangkannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Ipoh, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

IPOH 17 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini membentangkan Bajet 2013 Negeri Perak yang memperincikan pelbagai inisiatif membela dan mensejahterakan rakyat selain menggariskan langkah-langkah strategik bagi memacu ekonomi negeri.

Dengan tema 'Negeri sejahtera, rakyat terbela', bajet tersebut menyaksikan pelbagai pemberian insentif serta bantuan kepada kelompok masyarakat tanpa mengabaikan kepentingan mengukuhkan enjin ekonomi.

Menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM948.47 juta, bajet tersebut bakal menjadi pemangkin dalam menjayakan gagasan Perak Amanjaya iaitu doktrin program transformasi Perak yang mencakupi pembangunan ekonomi, sosial dan wilayah negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment