My Add

Sunday 23 December 2012

Nicol David muncul juara tujuh kali skuasy Terbuka Dunia Wanita


*AKSI Nicol (kiri) ketika menentang Laura pada aksi final Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia 2012 di Camana Bay, Kepulauan Cayman


 
GRAND CAYMAN (Kepulauan Cayman), SABTU, 22 Disember, 2012: Datuk Nicol David mencatatkan kemenangan bergaya dalam perlawanan akhir kejohanan skuasy Terbuka Dunia Wanita selepas menundukkan pemain England, Laura Massaro 11-6, 11-8, 11-6 di sini, sebentar tadi.

Kemenangan ketujuh daripada lapan perlawanan akhir yang disertainya dalam kejohanan sama seterusnya menutup mulut pengkritik yang mana sebelum ini menyifatkan kemunculan pemain lebih muda dilihat semakin merapatkan jurang dengan pemain nombor satu dunia itu. - AFP

No comments:

Post a Comment