My Add

Tuesday 25 December 2012

Nicol terima ganjaran lumayan

Oleh ZAKI SALLEH

*NICOL (kiri) bersama ibu bapanya bergambar kenangan dengan Perdana Menteri,
 Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan ringkas di pejabatnya di Putrajaya 
tahun lalu.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012:
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David bakal menerima ganjaran RM100,000 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana merangkul gelaran juara buat kali ketujuh pada Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia 2012 baru-baru ini.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, kejayaan itu memberi inspirasi cukup besar kepada rakyat Pulau Pinang dan negara ini kerana berjaya menempa nama di pentas dunia.

Menurut kenyataan tersebut, ganjaran RM100,000 itu bakal diberikan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu majlis khas yang akan diadakan apabila sekembalinya Nicol ke Pulau Pinang.

Ganjaran tersebut merupakan pemberian sulung oleh kerajaan kepada pemain No. 1 dunia itu sepanjang tahun 2012.

Untuk rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah meraih hampir AS$60,700 (RM186,000) pada empat kejohanan utama dalam kalendar skuasy iaitu Terbuka Wanita Dunia, Terbuka Britain, Terbuka Hong Kong serta Terbuka Kuala Lumpur.

Pada aksi final di Camana Bay, Kepulauan Cayman itu dia menewaskan pemain England, Laura Massaro 11-6, 11-8, 11-6 dan membawa pulang ganjaran bernilai AS$25,000 (RM76,624).

Kejayaan itu menyaksikan Nicol sebagai pemain pertama yang mengungguli tujuh gelaran dunia mengatasi Sarah Fitz-Gerald dari Australia yang merekodkan enam kejuaraan.

Sebelum ini, Nicol telah meraih gelaran dunia dalam penampilan sulungnya di Hong Kong pada 2005, diikuti Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) serta Belanda (2009 dan 2011). - KOSMO! 

No comments:

Post a Comment