My Add

Friday 21 December 2012

Nik Abdul Aziz nafi dakwaan beri tanah kepada DAP

KOTA BHARU, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, berita tersebut adalah fitnah daripada Utusan Malaysia dan dia akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya untuk menyaman akhbar ini.

“Mengenai rasuah tanah, sebenarnya benda ini fitnah. Sebab itu saya sebut, kalau berita keluar Utusan Malaysia, kena hati-hati.

“Contohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi apabila sampai mahkamah kosong. Kerja fitnah ini kerja orang jahat yang memuja nafsu, tidak memuja Allah. Maka saya harap pegawai saya boleh pertimbang untuk bawa ke mahkamah," katanya dalam sidang akhbar selepas berjumpa dengan rakyat Kelantan yang bekerja di Sabah di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment