My Add

Sunday 23 December 2012

Nik Aziz celupar: Muhyiddin


*MUHYIDDIN Yassin menyerahkan replika cek bantuan pentadbiran Persatuan Imam dan Bilal Masjid kepada Pengerusi Persatuan Imam dan Bilal Terengganu, Othman Muda sewaktu majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan kerja sehari ke Kuala Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, SABTU, 22 Disember, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong UMNO sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS

itu setiap kali menjelang pilihan raya. "Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum

bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang UMNO ni Firaun dan
macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari
lalu yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi
ada orang Melayu yang menyokong parti UMNO yang beliau anggap mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu
bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon UMNO dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar,
lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak
tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS," katanya.

Mengulas hukum hudud, Muhyiddin berkata, kerajaan BN tidak pernah menolak
hukum Islam.

"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa
fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu
melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment