My Add

Friday 14 December 2012

Nikah dapat RM2,000

KUALA TERENGGANU, khamis. 13 Disember, 2012: Sejumlah 21,837 ibu tunggal dan 2,890 bapa tunggal di negeri ini bakal menerima bantuan RM2,000 setiap orang sekiranya berhasrat untuk berkahwin semula bermula 1 Januari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, bantuan pertama kali diwujudkan itu bertujuan menggalakkan golongan berkenaan mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas melalui fasa perceraian.

Katanya, peruntukan berkenaan merupakan salah satu usaha kerajaan negeri meringankan beban golongan itu untuk meneruskan kehidupan baharu bersama pasangan mereka.

“Selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan pelbagai bantuan lain seperti pinjaman serta dana kepada golongan ini sebagai membuktikan bahawa kita bukan sahaja prihatin terhadap golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan malah golongan seperti mereka," katanya ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Terdahulu, Yahya menjelaskan perkara yang sama ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ramlan Ali (BN- Jabi) dan Datuk Harun Taib (Pas-Manir) berkenaan usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan berkenaan.

Jelas beliau, sebanyak RM20 juta diperuntukkan kepada golongan ibu tunggal pada tahun depan untuk tujuan membantu mereka merangkumi konsep kepemimpinan, kemahiran dan keusahawanan (3K).

Antaranya dana RM2,000 yang dinaikkan RM5,000 bakal diberikan kepada setiap 32 kelab ibu tunggal di negeri itu manakala had pinjaman RM10,000 untuk program keusahawanan ditambah kepada RM20,000 mulai tahun depan.

“Selain itu, sebuah pusat aktiviti akan ditubuhkan di atas sebidang tanah wakaf yang disumbangkan oleh seorang ibu tunggal deng - UTUSANan kos pembinaan berjumlah RM1.5 juta bagi membolehkan pelbagai aktiviti diadakan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment