My Add

Sunday 16 December 2012

NUTP minta PBS dikaji, diteliti semula

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Disember, 2012: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mengkaji dan meneliti semula sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) supaya tidak membebankan guru-guru sehingga mengganggu proses pembangunan akademik dan kokurikulum pelajar.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya tidak menghalang pelaksanaan PBS tetapi usaha penambahbaikan perlu dilakukan segera bagi memastikan keberkesanan sistem baharu itu.

Jelasnya, perkara itu memandangkan terlalu banyak pentaksiran perlu dilakukan terhadap sukatan mata pelajaran tanpa mengambil kira kecukupan masa yang diperuntukkan.

"Pentaksiran perlu dibuat dalam semua mata pelajaran yang mempunyai banyak topik, malah aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum turut dinilai dari segi penglibatan dan pencapaian pelajar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment