My Add

Thursday 20 December 2012

Obama Individu Pilihan 2012 majalah Times
NEW YORK, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dinobatkan sebagai Individu Pilihan (Person of the Year) 2012 oleh majalah Times, di sini semalam.

Obama menewaskan beberapa pencabarnya, termasuk Malala Yousufzai, gadis Pakistan berusia 15 tahun yang ditembak di kepala, Presiden Mesir, Mohammed Mursi dan Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo!, Marissa Mayer untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Times menyifatkan pemimpin itu bijak mencipta peluang untuk mewujudkan perpaduan baharu dan memperbaiki banyak kelemahan.

Gelaran Individu Pilihan 2012 dinilai berdasarkan jasa dan sumbangan yang diberi terhadap pelbagai bidang sepanjang tahun tersebut. - DPA

No comments:

Post a Comment