My Add

Saturday 22 December 2012

Obama lantik John Kerry sebagai Ketua Setiausaha Negara AS

WASHINGTON, SABTU, 22 Disember, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan pelantikan Senator John Kerry sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru, menggantikan Hillary Clinton selepas memegang jawatan itu selama empat tahun.

"Sejak beberapa tahun lamanya, John (Kerry) amat dihormati dan diyakini di kalangan pemimpin dunia.

"Malah, beliau tidak memerlukan banyak latihan untuk jawatan itu. Ia adalah adil untuk menyatakan bahawa hanya beberapa individu mengenali presiden dan perdana menteri dunia atau memahami dasar luar negara AS, yang mana dilihat sebagai kekuatan utama John Kerry," katanya di Rumah Putih selepas mengumumkan pelantikan Kerry di sini, hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment