My Add

Wednesday 12 December 2012

 Obama teratas kemuncak Twitter 2012

 
SAN FRANCISCO, RABU, 12 Disember, 2012:: Pesanan kemenangan "Empat tahun lagi" yang diiringi gambar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memeluk isterinya menduduki tangga teratas koleksi kemuncak Twitter 2012 yang dikeluarkan hari ini.

Imbas kembali sepanjang tahun yang dikendalikan khidmat pesanan popular itu mengira semula topik, berita dan trend yang menarik perhatian orang ramai di seluruh dunia.

Pesanan Obama pada malam pilihan raya itu diikuti sebanyak 816,973 kali oleh pengguna Twitter di lebih 200 negara sekali gus mencatat rekod baru untuk “retweets.”

"Dalam beberapa jam tweet itu terus menjadi retweet paling banyak sepanjang 2012 dan retweet terbanyak setakat ini," kata Twitter mengenai pesanan Obama.

Pesanan kedua paling banyak retweet tahun ini ialah ucapan selamat oleh Justin Bieber kepada peminatnya berusia enam tahun yang mati akibat kanser otak dengan 224,173 kali retweet. - AFP

No comments:

Post a Comment