My Add

Thursday 13 December 2012

Operasi cari dua beradik lemas dihentikan sementara

Oleh Ilah Hafiz Aziz

*ANGGOTA Bomba giat menjalankan pencarian mangsa lemas Mohammad Tarmizi Azhari 13 dan Mohammad Syawal Azhari 17, ketika ditemui di Sungai Langat, Selangor di sini malam tadi.

HULU LANGAT, RABU, 13 Disember, 2012: Operasi mencari dan menyelamat dua beradik yang dipercayai lemas selepas memancing di Sungai Langat, di sini petang semalam terpaksa dihentikan dan disambung pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, operasi yang bermula pada pukul 4.54 petang itu terpaksa diberhentikan sementara kerana cuaca gelap.

Dalam kejadian itu, Mohammad Syawal Azhari, 17, dikatakan terjun untuk menyelamatkan Mohammad Tarmizi Azhari, 13, yang lemas tetapi dia mengalami nasib sama kerana arus sungai yang deras selepas hujan lebat, sekitar pukul 3 petang semalam. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment