My Add

Monday 24 December 2012

P. Pinang terdedah tanah runtuh

BALIK PULAU, AHAD, 23 Disember, 2012: Pulau Pinang terdedah kepada risiko berlakunya kejadian tanah runtuh berikutan banyak projek pembangunan di lereng-lereng bukit di negeri itu didakwa dijalankan tanpa mengikut spesifikasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kebanyakan projek tersebut dilihat melebihi ketinggian ditetapkan iaitu 76 meter, berbeza ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melarang pembangunan sedemikian.

Menurutnya, perkara itu perlu dipandang serius oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana kejadian tanah runtuh pernah berlaku di negeri itu.

“Kita (BN) ada juga buat projek di tanah tinggi, namun tidak banyak dan masih mengekalkan tradisi termasuk aspek kehijauan.

“Bagaimanapun dalam pentadbiran kerajaan negeri kini, kita boleh tengok banyak projek di tanah tinggi dibangunkan tanpa menghirau kesan yang akan berlaku kepada rakyat dan alam sekitar," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment