My Add

Saturday 22 December 2012

Pahang tawar tanah percuma untuk projek rumah mampu milik

BENTONG, SABTU, 22 Disember, 2012: Kerajaan negeri Pahang menawarkan kawasan tanah secara percuma kepada pemaju dan sesiapa yang mampu serta berminat bagi melaksanakan projek rumah mampu milik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, selain itu kerajaan negeri bersedia membantu menanggung kos infrastruktur dengan syarat rumah yang dibina berharga antara RM70,000 atau RM150,000 bergantung kepada daerah atau kawasan dengan margin keuntungan sebanyak 30 peratus.

"Rumah yang akan dibina itu apabila siap akan mengandungi tiga bilik tidur, dua tandas, ruang dapur dan tamu yang luas dan selesa dengan keutamaan diberikan kepada golongan mereka berpendapatan RM5,000 ke bawah," katanya selepas majlis gerak mesra dan pemimpin bersama rakyat Kampung Lebu dan Rancangan Kemajuan Tanah Kampung Lebu dekat Bentong petang semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment